Saturday 27 September 2014

Saat untuk bercerita

Mungkin terlalu lama ak tinggalkan dunia blogging aku..cukup lama..walaupun application blog ada dalam fon aku..senang ak katakan..ak punya alasan untuk itu..
tapi tiada kisah selain kisah cinta yang ingin ak ceritakan di sini..kisah cinta? silalah pengsan beramai2..this is me..this is my blog..bunyi garang di situ..^_^ maka..sila takut..

Blog yang terlalu banyak menceritakan kisah kehidupan aku..
hati? perasaan? di sini tempatnya..
mungkin otak tidak di sini..al maklum lah..kebangangan itu kan perlu di sembunyikan? jangan tunjuk smua bodoh kita..ye dak? ngeeee..~

tapi aku rasa ini saat untuk aku bercerita..di malam yang aku rasakan mungkin sesuai..atas sebab apa..aku sendiri tidak pasti.mungkin juga tarikh yg akan bertambah lagi beberapa minit merupakan tarikh yang agak sentimental value utk ak..ya..hanya utk aku..dan mungkin dia..

enam bulan bersama dia..Encik NHK..
hanya kebahagiaan yang aku rasa..mungkin mudah utk di simpulkan..kebahagian d awal perhubungan..semua pasti merasa..tapi setahun kemudian? 2 tahun? 3 tahun? bertahun2?
semua itu kan ada pada hati..tanya pada hati..bertanya la tentang perasaan..
di situ jawapan..di situ juga persoalan..
aku tahu bahagia..ak tahu sayang..aku tahu cinta..semua itu milik aku..tapi dia?
cinta dan sayang mewujudkan rasa yakin aku pada dia..
aku yakin..perasaan aku tidak berbeza dengan hati nya..
hati dan perasaan itu bukankah satu perkaitan yang amat rapat?
hubungan yang terjalin tanpa perancangan..berbeza dengan drama TV3..apabila percintaan dan perhubungan yang diatur dan dirancang..tapi aku dan dia..berada dalam satu perasaan yang wujud tanpa sedar..mungkin itu lebih tepat.
.
Cinta dan sayang kami bertambah dari hari ke sehari..mungkin juga setelah berbulan..semua tu di darabkan..bukan sekadar di tambah..dan aku pasti tidak pernah di tolak atau di bahagikan..aku pasti..

mengenai cinta..aku suka untuk berbicara..bicara cinta..siapapun yang membaca blog ini..atau mungkin anak cucu aku satu hari nanti..di sini ada pengajarannya..di sini lah sbuah kisah mendewasakan aku..aku pasti dan tiada penafian..sebuah pengalaman yang ada airmata..ada gelak tawa..siapa kata cinta itu bahagia? siapa kata cinta itu sakit?
aku..aku pernah mengatakan smua itu..cinta itu sakit..cinta itu juga bahagia..

aku pernah terluka..dan aku pernah berkata pada diri..usah percaya pada cinta..

dia..NHK..membuka pintu hati..menutup luka hati..memberi kebahagiaan pada hati..menjaga hati..menyayangi hati..mencintai..dia bukan seorang lelaki yang penuh dengan kata-kata manis..tidak..dia bukan seorang lelaki yang suka mengatakan tentang cinta..dia bukan lelaki yang akan menunjukkan sayangnya melalui kata2..tapi dia lelaki yang melakukan sesuatu dengan hati dan perasaan..dia melakukan sesuatu dengan cinta..dia berbuat sesuatu dengan kasih sayang..aku tidak mendengar kata cinta itu dari mulutnya atau dia menaipkan kata cinta..melainkan aku memulakanny..tapi aku merasakan semua nyaa..tanpa dia berkata2 atau menulis..

aku merasakan..aku merasai..semuanyaaa..tiada ayat yang mungkin sesuai untuk aku bicarakan tentang itu..tapi..ada satu ruang untuknya dalam hati ku..untuk dia selamanya di situ...

NHK..dia mungkin berbeza..berbeza di hadapan aku..berbeza di belakang aku..

tapi siapapun dia..aku terima seadanya dia..cukup buat aku..aku tidak pernah hendakkan sesuatu melebihi apa yang aku perlukan..kasih? sayang? cinta? dia yang terbaik yang akan sempurnakan impian aku..impian untuk hidup seperti cerita dongeng..puteri kayangan bertemu putera hati..

sepanjang hubungan ini..cukup..ak merasakan diri disayangi dicintai sepenuh hati..cuma ini yang aku mahukan..masa depan bersama dia..sebuah cinta yang berpanjangan..

jika ditakdirkan..semua ini hanya tipu daya..ak mungkin perlu mngucapkan syabas dan tahniah NHK...berjaya dengan cemerlang..menghancurkan sekeping hati menjadi serpihan yang mungkin akan hancur selamanya..mungkin saat itu..aku sudah tidak mampu dan tidak akan berkata lagi..apapun..

di hati ini juga..wujud satu perasaan yakin..aku akan berada di sisi nya..dan dia akan selalu ada untuk aku..sekarang dan untuk selamanya..


NHK..kalau blog nie jadi tatapan..mngkin perlu ak katakan sekali lagi..apapun yang pernah tertulis dalam blog ini sebelumnya..hanyalah sekadar sebuah pengalaman yang lebih mengajar aku erti sebuah cinta..tidak ada satu perkara pun yang perlu diragui dan dicurigai..

yang ada kini..cuma rasa cinta yang ada pada hati..hati yang telah menjadi milikmu..


Terima kasih untuk rasa cinta ini..terima kasih untuk rasa sayang ini..terima kasih untuk kebahagiaan ini..tidak ada satu apapun yang perlu aku minta..selain setia dan bersama ku selamanya..
jika di tanya ini permintaan aku? tidak..ini sebuah paksaan..kalau perlu..aku akan memaksa untuk terus berada dalam hidup aku..kerana kehilangan mu satu perkara menakutkan..


hari ke hari..aku cuba terus mengenali..siapa NHK..ada apa pada dia..dan aku akan terus mengenali..

Selamat ulang bulan yang ke-6..
I LOVE Being Yours..Forever..






No comments:

Post a Comment

psssstttt~
conteng la ckett...~